Asam didarat ikan dilautan didalam wad bertemu juga....inilah asam garam politik yang patut kita contohi dan inilah juga dinamakan politik matang yang patut dikekalkan..
Walau berlainan ideologi dan fahaman politik bila ada kes seperti ini yang jauh kena dekatkan dan yang bermusuhan ketepikan sifat permusuhan itu , biarlah di gelangang saje nak bercakaran .
kesahnya baca bawah....
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini meluangkan masa melawat Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Institut Jantung Negara (IJN).
Najib meluangkan masa selama 20 minit melawat Abdul Hadi yang membuat pemeriksaan lanjut di IJN sejak Jumaat lepas.
Sebelum ini, Abdul Hadi dimasukkanke wad ICU hospital Medipol Universite Hastanesi, Istanbul minggu lepas setelah mengadu sesak nafas.