ARTIKEL SEBELUM

19/06/14

Malaysia gagal masuk senarai 100 universiti awam terbaik Asia

Kejatuhan Malaysia dalam ranking universiti awam global berterusan, kali ini dalam Times Higher Education Asia University 2014 yang dikeluarkan hari ini di mana tiada universiti tempatan masuk dalam senarai 100 terbaik.

Lima universiti yang masuk dalam senarai 10 universiti Asia terbaik adalah – Jepun, Singapura, Hong Kong, Korea Selatan dan China. India meningkat kedudukannya apabila 10 daripada institusinya masuk dalam senarai 100 terbaik berbanding hanya tiga tahun lalu.

Negara timur tengah seperti Iran, Israel, Lubnan, Arab Saudi dan Turki turut tersenarai.Thailand turut berjaya, “tetapi tiada tempat bagi Malaysia”, yang dianggap oleh Times Higher Education sebagai negara Asia Tenggara yang mempunyai industri pengajian tinggi besar.

Universiti Kebangsaan Malaysia yang berada di tempat 87 tahun lalu terkeluar dalam senarai tahun ini.

Universiti Tokyo menjadi universiti Asia terbaik diikuti oleh Universiti Kebangsaan Singapura.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud