ARTIKEL SEBELUM

21/06/14

Anwar dibenar keluar IJN

 

SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenar pulang selepas dua hari mendapatkan rawatan di Institut Jantung Negara (IJN).

Anwar menerusi laman mikro Twitternya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kakitangan IJN di atas khidmat cemerlang yang diberikan.

"Alhamdulillah, saya dibenar pulang.

"Ke program kuliah (Asian) Renaissance di Puchong," tulisnya beberapa minit kemudian.

Anwar dijadualkan hadir ke program ceramah Asian Renaissance di Bandar Puteri Puchong jam 2.30 petang ini.

Terdahulu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli ketika dihubungi Sinar Harian Online mengesahkan Anwar dimasukkan ke IJN namun tidak menjalani rawatan yang serius.

"Dia hanya demam biasa.. Dah boleh keluar hari ini," ujarnya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud