ARTIKEL SEBELUM

12/05/14

Zul Noordin: DAP biar PAS 'langkah' mayat Karpal

 

Bekas MP PKR dan mantan naib presiden PERKASA, Datuk Zulkifli Noordin berkata MCA sepatutnya bertanding di Bukit Gelugor dan menggunakan kempen “DAP biar PAS langkah mayat Karpal” sebagai bahan kempen mereka di situ.

Menurutnya, MCA sepatutnya menyerlahkan hakikat bahawa DAP sekarang “membiarkan” PAS meneruskan hasratnya untuk melaksanakan hudud.

Menurutnya, parti itu sewajarnya menggunakan pilihan raya kecil itu sebagai "medan tempur terbaik untuk membelasah DAP" dan bukannya menarik diri daripada bertanding.

"MCA sepatutnya meyakinkan pengundi Cina bahawa kredibiliti dan kewibawaan DAP tercalar dan tercabar kerana membiarkan PAS melaksanakan hudud.

"Malah tagline (slogan) politik yang terbaik bagi MCA di Bukit Gelugor ialah 'DAP membiarkan PAS melangkah mayat Karpal!'," kata Zulkifli dalam tulisan terbaru di blognya.

Zulkifli merujuk kepada mendiang Karpal yang dilaporkan pernah mencabar agar mayatnya dilangkah terlebih dahulu sebelum hudud dilaksanakan.

Zulkifli yang menjadi calon BN di Shah Alam mengundang kontroversi apabila berkata Allah mematikan Karpal untuk memberi laluan mudah kepada pelaksanaan hudud.

Setelah mendapat kritikan meluas selepas itu, adanya bagaimanapun berubah menjadi lebih lunak.

Dalam tulisan sama bertarikh semalam, Zulkifli turut membidas MCA yang memberikan alasan mahu menumpukan kepada menghalang pelaksanaan hudud untuk tidak bertanding di Bukit Gelugor.

"Alasan MCA itu hanyalah satu gimik dan retorik politik semata-mata, kerana mereka tahu calon MCA tidak boleh memenangi sebarang pertandingan menentang DAP.

"MCA tidak mahu membuka pekung bahawa pengundi Cina telah menolak mereka - dan mendedahkan ungkapan konon pengundi Cina sudah kembali kepada MCA adalah retorik politik semata-mata," katanya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud