ARTIKEL SEBELUM

8/05/14

Tukar MB: PAS T'ganu tunggu dan lihat


 

KUALA LUMPUR: PAS Terengganu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang bakal berlaku di negeri itu terutama membabitkan masalah dalaman Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukan jawatan Menteri Besar.

Pesuruhjayanya, Ustaz Satiful Bahri Mamat yang dihubungi Harakahdaily memberitahu PAS tidak mahu membuat sebarang spekulasi berhubung pertukaran Menteri Besar.

"Kita tunggu dan lihat apa yang berlaku, sehingga sekarang kita tidak ada keputusan yang tepat.

"Namun dalam masa yang sama PAS Terengganu berada dalam keadaan bersedia untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.

"Isu Menteri Besar ini melibatkan dua kumpulan dan kita tahu apa pendirian Datuk Seri Ahmad Said sebelum ini, apa pun kita bersedia," jelas beliau.

Dalam pada itu, beliau turut memberitahu sesiapa pun memegang jawatan Menteri Besar ia tidak dapat memberi keuntungan kepada rakyat.

"Dasar-dasar yang sedia ada tidak memberi keuntungan kepada rakyat, siapa pun yang memegang jawatan tersebut tetap sama," sambung beliau.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paka berkeyakinan Ahmad akan terus mempertahankan jawatan tersebut.

"Kita kekurangan dua kerusi, pertembungan dua kumpulan itu akan memberikan kelebihan kepada kita," katanya lagi.

Isu penggantian Menteri Besar timbul apabila Ahmad dikatakan menandatangani surat persetujuan bahawa beliau akan memegang jawatan itu hanya setahun selepas BN menang tipis dalam PRU13 lalu.

Surat dua perenggan itu dikatakan ditandatangani Ahmad kira-kira dua minggu selepas PRU13 lalu.

Adun Seberang Takir, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman yang digembar-gemburkan bakal menggantikan Ahmad sebagai Menteri Besar Terengganu dilihat berada di Putrajaya hari ini. - HD

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud