Kira-kira 300 pemimpin serta penyokong Pakatan Rakyat berhimpun di Dataran Merdeka malam tadi menjelang 5 Mei, bagi memperingati pilihan raya umum tahun lalu yang menyaksikan mereka berjaya mendapat undi majoriti tetapi masih gagal menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Antara yang berucap termasuklah penasihat DAP Lim Kit Siang dan Anthony Loke di samping 'hero yang kalah', seperti calon DAP di Bentong Wong Tack dan Semenyih S Aruchelvan.
Tema perhimpunan malam tadi adalah kejayaan PR pada 5 Mei dirompak, dan kerajaan BN memperkenalkan GST yang tidak adil selepas tidak sampai setahun mereka menguasai Putrajaya. – TMI