ARTIKEL SEBELUM

10/05/14

Giliran Obama persenda laporan MH370 oleh CNN

KUALA LUMPUR: Agensi berita CNN menerima pelbagai jenis kritikan bertubi-tubi susulan laporan berita oleh agensi itu mengenai kehilangan pesawat MH370 sejak 8 Mac lalu dan kali ini, giliran Presiden Amerika Syarikat (AS) Barack Obama pula.

Semasa hadir pada majlis makan malam tahunan koresponden White House baru-baru ini, Obama mempersenda CNN mengenai laporan berita tanpa henti oleh agensi berita itu.

“Saya gembira dapat bersama anda di sini walaupun saya masih mengalami kecelaruan tidur (jet lag) selepas perjalanan jauh ke Malaysia ... tempoh masa lama yang perlu kita tempuh untuk mendapatkan berita oleh CNN,” kata Obama pada majlis itu.

Sebelum ini, bekas ikon CNN, Larry King turut mengkritik agensi berita itu dengan menyifatkan laporan berita mengenai kehilangan pesawat yang dilapor oleh CNN sebagai ‘tidak masuk akal’.

Dalam temu bual bersama laman web Capital New York, pengacara TV terkemuka itu berkata: “Saya rindu untuk bersiaran, itulah hidup saya dan saya rindukan berita hangat, tetapi saya akan memberitahu anda sesuatu, saya gembira saya tidak bersama CNN ketika liputan berita kehilangan pesawat ini.

“Kerana ia telah bertukar menjadi laporan berita yang tidak masuk akal,” kata Larry lagi.

Pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dalam perjalanan menuju Beijing dari Kuala Lumpur dilaporkan hilang pada 8 Mac lalu dimana ia membawa seramai 239 penumpang dan anak kapal.

Sejak kejadian itu, CNN tanpa henti melaporkan berita mengenai pesawat malang itu adakalanya dilihat membuat liputan berita tidak tepat serta memberi tanggapan buruk terhadap Malaysia berkenaan tragedi pesawat MH370 yang dianggap tidak sensitif kepada keadaan semasa.

CNN turut mendakwa bahawa Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) telah dikerah untuk mencari pesawat MH370 Penerbangan Malaysia (MAS) sejurus selepas dimaklumkan pesawat hilang pada 8 Mac lalu.

TUDM serta Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dalam kenyataan ringkasnya melalui Twitter juga menafikan dakwaan laporan dari agensi berita tersebut bahawa gerakan mencari oleh TUDM itu hanya memaklumkan Jabatan Penerbangan Malaysia (DCA) dan juga pasukan gerakan mencari dan menyelamat (SAR) tiga hari selepas pesawat itu dilaporkan hilang.

Pada 24 Mac lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah mengumumkan bahawa perjalanan pesawat malang itu berakhir di selatan Lautan Hindi.



posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud