ARTIKEL SEBELUM

1/05/14

Demo anti GST: Ribuan berkumpul di semua lokasi

 

KUALA LUMPUR 1 Mei: Ribuan rakyat  bersedia berarak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur petang ini bagi membantah Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan dikuatkuasakan oleh kerajaan.
GTS 2
Demonstrasi besar itu digerakkan oleh 89 gabungan NGO dan turut mendapat sokongan penuh Pakatan Rakyat.

Peserta berkumpul di empat lokasi utama iaitu KLCC, Kompleks Sogo, Dataran Maybank dan Masjid Negara sebelum bergerak ke Dataran Merdeka pada jam 2 petang ini.
Kebanyakan mereka memakai baju berwarna merah dan berada di lokasi-lokasi yang ditetapkan lebih awal, bahkan sejak pagi lagi.
Tinjauan di Dataran Merdeka mendapati ia tidak ditutup seperti berlaku dalam himpunan Bersih  lalu. Sementara di kawasan sekitar, peserta demostran mula berkumpul dalam kumpulan-kumpulan kecil.
Peniaga yang menjual makanan, minuman dan cendera hati seperti t-shirt juga dilihat mengambil kesempatan menambah pendapatan.
GST1
Peserta turut menjadikan kawasan masjid jamek dan stesen LRT sebagai tempat berkumpul.

Polis kelihatan berada di kawasan sekitar bagi memantau pergerakan peserta yang tiba lebih awal. Suasana dilihat tenang dan lalu lintas kenderaan berjalan seperti biasa.
Di Sogo, hampir 1000  berada di hadapan kompleks membeli belah itu sejak tengah hari. Mereka yang rata-ratanya terdiri daripada anak muda turut melaungkan slogan reformasi dan membawa plakad bagi membantah cukai berkenaan
Manakala beberapa individu turut mengambil kesempatan menjual barangan seperti ikat kepala, baju-T, topeng muka dan vuvuzela.
Lalu lintas agak sesak dengan kenderaan yang turut membunyikan hon tanda sokongan mereka terhadap bantahan GST.
Peserta kemudian berarak ke Dataran sambil membawa plakad dan terus menyuarakan bantahan.
Setibanya di perkarangan Dataran, mereka tidak dibenar memasuki padang oleh petugas unit amal Pas. Mereka kemudian berkumpul di sepanjang jalan Dataran sambil melaungkan ‘reformasi’ dan turun BN’.
Di KLCC, hampir 1000 perserta termasuk aktivis  NGO  Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan Parti Sosialis Malaysia mula berkumpul di hadapan gedung membeli belah itu.
Turut kelihatan sekumpulan anggota polis bersedia di hadapan KLCC bagi mengawal keadaan sekeliling.
Aktivis SAMM dilihat naik di atas sebuah kereta toyota hilux bagi mengetuai perarakan  dari KLCC. Beberapa peserta demonstrasi turut memegang sepanduk ‘No GST for Malaysian’.
Di Dataran Maybank, peserta mula berkumpul dua jam sebelum himpunan lengkap membawa sepanduk dan plakad dengan slogan anti GST. Antara bantahan dipamerkan seperti ‘GST bebankan rakyat’ dan ‘Derita Derita Derita’..
Sementara itu hampir 150 ahli unit amal PAS  turut berkumpul di hadapan kawasan tersebut dan diberikan taklimat untuk mengawal suasana dalam himpunan itu.
Selain di Kuala Lumpur, satu lagi demo berasingan turut berlangsung di Pulau Pinang, anjuran Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud