ARTIKEL SEBELUM

19/05/14

DAP akui sukar berdepan calon BN

TELUK INTAN - DAP mengakui peletakkan calonnya berbanding calon BN pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.

Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang berkata,‎ biarpun berdepan kesukaran, beliau yakin DAP akan mencipta sejarah tersendiri.

"Kita 'underdog'. Sungguhpun susah, kita mahu menang supaya kita mampu membawa politik yang baharu.

"Jika kita mampu menang di Teluk Intan, ‎ini akan menjadi satu sejarah untuk Malaysia," katanya ketika menyampaikan ceramah sempena Pelancaran Jentera Kempen PR bagi PRK Teluk Intan di Kampung Bahagia, di sini, malam tadi.

Dalam perkembangan berkaitan, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu ketika berucap pada majlis yang sama menyatakan Pas akan memberikan komitmen yang tinggi sepanjang berlangsungnya PRK Teluk Intan.

Beliau berkata, Pas tiada masalah untuk membantu kerana pernah bertanding dan menang di kawasan Dun Changkat Jong yang berada di bawah Parlimen Teluk Intan sebelum ini.

"Kita jangkakan BN tidak letak calon seperti mana di kerusi Parlimen Bukit Gelugor. Rupa-rupanya mereka letak juga Presiden Gerakan sebagai calon.

"Oleh itu, kita akan bekerja keras seolah-olah Pas yang bertanding di kerusi ini,"‎ katanya lagi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud