Gambar wanita lengkap bertelekung sambil bersimpuh di atas sejadah dan membaca al-Quran tersebar di laman sosial ,maklumat awal mendapati Anita Shiar, 27, mendakwa dia bermimpi ditimpa perkara tidak baik lalu bertindak bersolat di merata lokasi.
“Saya solat di merata-rata tempat tidak kira di mana jua saya berada,” kata Anita Shiar, 27 tahun.
Wanita warga Indonesia itu ditemui orang awam ketika sedang membaca al-Quran di jejambat berdekatan bangunan Dewan Bahasa dan Pustaka, di sini, tengah hari semalam.
Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat itu daripada orang awam.
Pihak polisa terus bergegas ke lokasi kejadian dan menghantar wanita berkenaan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kira-kira jam 1.30 petang.
“Pemeriksaan kami mendapati beliau tidak mempunyai apa-apa dokumen,” katanya.
Mengikut keterangan wanita tersebut, dia bersolat merata-rata setelah mendapat hidayah untuk berubah.
Menurutnya, wanita itu mendakwa dirinya sebelum ini seorang yang tidak baik dan pada suatu hari dia bermimpi sesuatu yang buruk.
“Selepas mendapat mimpi tersebut, dia mula insaf dan mula bersolat di mana-mana,” katanya.
Menurut beliau, pihaknya sedang menunggu laporan hospital mengenai keadaan wanita berkenaan.