ARTIKEL SEBELUM

17/05/14

Ahmad Said terharu PM hadiri majlis perkahwinan anaknya

 Foto
Bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said terharu dan berbesar hati dengan kesediaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang menghadiri majlis perkahwinanan anak perempuannya hari ini.





Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menghadiri majlis persandingan anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di kediamannya di Teluk Kalong di sini hari ini.

Turut memeriahkan majlis itu ialah Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Khalil Yaakob, Menteri Besar Terengganu Datuk Ahmad Razif, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Majlis itu diadakan untuk meraikan perkahwinan anak perempuan Ahmad, Nor Ashahirah, 27, dengan pasangannya Mohd Syahirpaul Redzuan Musa, 28, yang selamat diijabkabul pada 9 Mei lepas.

Lebih 10,000 tetamu termasuk para kenamaan hadir ke majlis persandingan tersebut yang bermula pada jam 10 pagi.

Khamis lepas, perdana menteri menyatakan hasrat beliau untuk hadir ke majlis persandingan anak kedua Ahmad sebelum berlepas ke Emiriah Arab Bersatu untuk melakukan lawatan rasmi tiga hari atas jemputan Putera Mahkota Abu Dhabi Sheikh Mohammed Zayed Al Nahyan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud