ARTIKEL SEBELUM

15/05/14

Ahmad Said mengaku dipujuk sertai PAS ketika jadi ADUN Bebas


KEMAMAN: Bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said mengakui didatangi oleh beberapa ahli PAS memujuknya menyertai parti berkenaan dan ditolak dengan baik.

Menurutnya, beliau bersama Ghazali Taib dan Roslee Daud adalah ahli UMNO yang setia dengan parti dan tidak akan berpaling tadah walapun ada pihak menuduhnya sebagai pengkhianat.

“Soal pengkhianat tak timbul. Ini soal perjuangan. Kerana saya sayangkan UMNO, saya kembali semula,” ujarnya.

Sebelum ini tiga ADUN Barisan Nasional (BN) bertindak keluar daripada UMNO untuk menjadi wakil rakyat bebas sejurus selepas pelantikan Ahmad Razif sebagai menteri besar yang baharu.

Tiga ADUN berkenaan ialah bekas menteri besar Datuk Seri Ahmad Said (ADUN Kijal), Ghazali Taib (ADUN Ajil) dan Roslee Daud (ADUN Bukit Besi) sehingga berlaku pergolakan politik seketika di negeri itu.

Namun kekusutan akhirnya terlerai dengan kebijaksanaan presiden serta pemimpin UMNO apabila ketiga-tiga pemimpin berkenaan mengesahkan kembali kepada UMNO.

“Saya dah bercakap dengan PM (perdana menteri). Saya ucapkan terima kasih atas persefahaman kami berdua dan saya harap kita terus memberi sokongan kepada Datuk Seri Najib. Kita akan terus berusaha mengekal Terengganu di bawah pemerintahan BN,” tambah beliau.

Menurutnya, perjuangan akan diteruskan untuk berbakti kepada UMNO yang disertainya secara aktif sejak berusia 19 tahun.

Datuk Seri Ahmad Said berkata, beliau bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan memberi sokongan penuh kepada menteri besar Terengganu yang baharu Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian pada sidang media pertama selepas meletakkan jawatan sebagai menteri besar Terengganu di kediamannya di Kemaman.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud