ARTIKEL SEBELUM

3/05/14

Adun Sungai Limau terbabit kemalangan

 



 


Adun Sungai Limau, Mohd Azam Abdul Samat terlibat dalam kemalangan di KM320 Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Bukit Berapit iaitu laluan antara Taiping dengan Kuala Kangsar, Perak awal pagi tadi

Difahamkan kemalangan itu berlaku kira-kira jam 3.30 pagi ketika Mohd Azam bersama seorang rakan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menghadiri mesyuarat parti.

Ketika kejadian, beliau sendiri yang memandu kereta itu walaupun sebelum itu bergilir-gilir dengan rakannya.

"Mungkin disebabkan sedikit keletihan ketika memandu, saya tidak sempat mengelak sebuah lori yang sedang bergerak perlahan mendaki bukit.

"Dalam kejadian itu, kereta saya bergesel bahagian belakang lori berkenaan," .

Beliau hanya mengalami calar pada bahagian lengan sementara rakanya tidak mengalami sebarang kecederaan.



Beliau berkata, kemalangan itu adalah yang pertama baginya dan memberi pengajaran supaya lebih berhati-hati.

"Syukurlah saya dan rakan tidak apa-apa hanya kereta saja mengalami sedikit kerosakan," katanya.

Mohd Azam Abdul Samat

Mohd Azam dipilih sebagai Adun setelah memperolehi12,069 undi mengalahkan calon BN, Dr Ahmad Sohaimi Lazim yang mendapat 10,985 undi pada pilihan raya kecil.

Kerusi Dun Sungai Limau bawah Parlimen Jerai diisytiharkan kosong susulan kematian Tan Sri Azizan Abdul Razak akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

DalamPRU13, Azizan mengekalkan Dun Sungai Limau selepas menang dengan majoriti 2,774 undi dalam saingan empat penjuru.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud