ARTIKEL SEBELUM

10/04/14

Tian Chua kena fitnah




KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR Tian Chua menyelar pihak yang memfitnah beliau melalui satu grafik yang kini tersebar di internet khususnya media sosial.

Grafik itu memaparkan wajah Ahli Parlimen Batu itu disertakan tulisan kononnya beliau menyokong kenaikan tarif air yang dibuat Kerajaan Pulau Pinang.

Malah dalam grafik itu, Tian juga kononnya berkata umat Islam bersolat Jumaat banyak membazirkan air.

"Saya tidak pernah komen apa-apa pasal kenaikan air di Pulau Pinang.

"Ini menyebabkan sesetengah pihak menyangka saya hina orang Islam solat," kata beliau pada sidang media di Parlimen hari ini.

Beliau tidak menolak tindakan tersebut sebagai taktik jahat pihak tertentu untuk mewujudkan ketegangan kaum dengan memburukkan pemimpin Pakatan Rakyat terutama yang bukan Melayu.

Katanya grafik itu dikesan dalam Facebook dan juga blog Anti DAP Club.

Dalam pada itu beliau akan mendapatkan nasihat peguam sebelum membuat laporan polis.

"Saya harap ada tindakan cepat sama seperti beberapa post di facebook yang berunsur tidak hormat kepada pemimpin BN," kata beliau.

Tiga hari lalu, pemilik akaun Facebook yang menggunakan nama ‘Syed Saifullah’ ditahan bagi membantu siasatan berhubung penyebaran gambar yang menunjukkan cebisan daging dan wajah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Antara teks yang dimuat naik oleh akaun itu ialah "Dari ia kite datang, dan dari ia jugak kiter dikembalikan...pesawat yang membawa isteri dan PM dalam perjalanan pulang dari Perth telah hilang dari radar dan dijumpai terhempas kat Lautan Sumatera Selatan...Al-Fatihah".

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud