ARTIKEL SEBELUM

18/04/14

Speaker keracunan makanan

 

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Hannah Yeoh hari ini memaklumkan menamatkan perkhidmatan keterer setelah menerima banyak aduan keracunan semalam.

Menurut beliau keterer tersebut yang dipilih melalui tender terbuka telah berkhidmat menyediakan makanan sepanjang sidang DUN bermula 7 April lalu.

Bagaimanapun, semalam pertama kali aduan keracunan makanan diterima.

"Kami telah menyiasat, puas hati dengan siasatan daripada aduan wartawan, timbalan speaker, staf pejabat speaker dan saya sendiri terkena keracunan makanan.

"Kita ambil keputusan tidak meneruskan katerer ini dan kita akan ambil katerer baru dalam sidang DUN akan datang.

"Kita juga memohon maaf di atas perkara itu," katanya dalam sidang media pagi tadi.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud