ARTIKEL SEBELUM

1/04/14

Seminggu sebelum isyarat kotak hitam lenyap

KUALA LUMPUR - Selepas 25 hari pesawat MH370 hilang, pihak berkuasa kini mempunyai tempoh seminggu untuk mencari bukti fizikal terutamanya kotak hitam pesawat itu kerana isyarat daripada perakam itu bakal lenyap tidak lama lagi.

Isyarat yang dipancarkan daripada kotak hitam itu menggunakan kuasa bateri yang akan berakhir selepas 30 hari, dan adalah sukar bagi operasi pencarian menjejakinya tanpa isyarat khususnya di kawasan luas seperti di Lautan Hindi.

Operasi pencarian oleh pelbagai negara telah mengenal pasti kawasan seluas 254,000 kilometer persegi di Lautan Hindi, iaitu kira-kira 1,850km dari barat Perth di Australia, sebagai kemungkinan lokasi pesawat itu berakhir.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein semalam berkata, 10 pesawat termasuk sebuah pesawat awam dan 10 kapal telah memulakan perjalanan ke kawasan carian untuk mencari serpihan yang mungkin mempunyai kaitan dengan MH370 itu.

Jika mereka menemui serpihan itu dan mengesahkannya daripada pesawat berkenaan, ia akan membantu pasukan mencari untuk mengecilkan kawasan pencarian kotak hitam itu. - 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud