ARTIKEL SEBELUM

19/04/14

Saman MH370 di Amerika mungkin tidak berlaku, lapor CNBC

Enam minggu selepas pesawat MH370 hilang daripada radar, pakar berkata peguam yang tertarik dengan peluang untuk mendapat keuntungan yang besar mungkin mendapati mahkamah persekutuan Amerika Syarikat keberatan untuk mengambil kes kemalangan luar negara dan menolak saman yang dikemukakan berkaitan dengan penerbangan Malaysia.

Majoriti para pakar undang-undang Amerika berkata perbincangan mengenai kemungkinan saman MH370 adalah spekulasi semata-mata, dan "selagi tiada serpihan atau bukti" yang menyebabkan Boeing 777-200ER dengan 239 penumpang dan anak kapal itu hilang, peguam tidak akan mempunyai asas yang kuat untuk membuat tindakan undang-undang."Saya fikir adalah silap untuk memberitahu keluarga bahawa mereka mungkin mendapat pampasan tambahan di Amerika, kerana semua kemalangan kebelakangan ini membuktikan sebaliknya," kata James Healy-Pratt, seorang peguam dengan firma Stewarts Law yang berpangkalan di London yang mewakili sebahagian keluarga pesawat 447 Air France yang terhempas di Lautan Atlantik 2009 lalu.

Mahkamah menolak saman terhadap pembuat alat ganti Amerika yang dikaitkan dengan kemalangan pesawat 447 itu.

Mereka juga menolak saman terhadap Boeing dalam kes pesawat Spanair yang jatuh pada tahun 2008 ketika mahu berlepas dari Madrid dan kes Helios Airways yang jatuh berdekatan dengan Athens, Greece pada tahun 2005, apabila tekanan kabin hilang dan menyebabkan semua di atas pesawat itu pengsan.

Seorang lagi peguam penerbangan, Kevin Durkin, memberitahu CNBC walaupun dia pernah berjaya dalam samannya terhadap Boeing dalam kerjaya guamannya, mahkamah Amerika lebih senang untuk memastikan tuntutan itu dibuat di negara di mana kemalangan itu berlaku atau di mana penyiasatan itu berlangsung.

Malaysia menerima pakai konvensyen Montreal, di mana syarikat penerbangan perlu membayar pampasan antara US$150,000 ke US$175,000 (RM494,000 ke RM578,000) kepada keluarga setiap penumpang yang terlibat dalam kemalangan udara.

Sesetengah keluarga juga mula menerima bayaran insuran.

Syarikat Insuran Nyawa China, syarikat berkaitan yang paling besar di China, berkata dalam laman web mereka bahawa 32 pelanggan mereka berada di atas pesawat itu, dan membayar US$670,000 (kira-kira RM2.2 juta) untuk melindungi tujuh daripada mereka sehingga 25 Mac lalu.

Dikatakan jumlah bayaran untuk semua pelanggan mereka dijangka sehingga US$1.5 juta.

Sekurang-kurangnya lima lagi syarikat insuran China juga membuat bayaran.

Pencarian MH370 masuk hari ke-43 hari ini.

Harapan alat pencarian di laut dalam yang sedang mencari di dasar lautan menemui Boeing 777 mengecewakan semalam, lapor Reuters, selepas kapal selam kawalan jauh memasuki hari kelima misi tanpa menemui sebarang serpihan kapal itu.

Gambar sonar yang diperolehi daripada Bluefin-21 Amerika kini menjadi fokus utama pencarian yang dilakukan sekitar 2,000km dari Perth.

Pencarian tertumpu kepada kawasan seluas sebuah bandaraya di mana beberapa siri "ping" dikesan sehingga menyebabkan pihak berkuasa yakin kotak hitam pesawat itu berada di sekitarnya.

Namun selepas seminggu tanpa sebarang isyarat daripada kotak hitam yang dipercayai sudah habis beterinya, pihak berkuasa sekarang mengalihkan usaha mereka melalui Bluefin-21.

Namun, selepas empat misi yang dibuat sehingga kedalaman 4.5 km, dua darinya ditarik balik lebih awal kerana masalah teknikal, pihak berkuasa pencarian Australia berkata semalam, drone itu tidak memberikan sebarang petunjuk yang bermakna sehingga kini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud