ARTIKEL SEBELUM

27/04/14

PM Korea letak jawatan insiden feri karam, PM Malaysia?

Oleh: Fiza Halim
 
KUALA LUMPUR 27 APRIL: Perdana Menteri Korea Selatan, Chung Hong won meletak jawatan bagi memikul tanggungjawab ekoran tragedi feri karam pada 16 April lalu yang mengorbankan hampir 300 orang.

Tian-Chua1
Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata perletakan jawatan tersebut bukti pemimpin negara itu mempunyai budaya kebertanggungjawaban yang tinggi.

Ini berbeza di Malaysia apabila perdana menteri enggan mengambil tanggungjawab jika berlaku kelemahan pentadbiran seperti kegagalan menangani isu kehilangan pesawat MH370.
“PM Korea letak jawatan sebab operasi menyelamat terlalu lemah, itu bermaksud dia sedar kelemahan pentadbiran tetapi di Malaysia insiden MH370 sudah masuk dua bulan tetapi tiada objek pun yang ditemui.
“Pentadbiran kita sebenarnya juga lemah tetapi PM kita masih mahu berkuasa dan tidak ada tanggungjawab.
“Di Korea, perasaan malu dan rasa bertanggungjawab adalah satu nilai maruah yang terlalu tinggi,” katanya ketika dihubungi Suara Keadilan.
Tambah Tian Chua, rakyat Korea mempunyai kebebasan bersuara dan berbeza di Malaysia apabila suara rakyat disekat dan tidak dibenarkan mengkritik kerajaan.
“Saya percaya di Korea akan ada bantahan besar dan mereka akan pastikan kerajaan jatuh jikalau PM mereka tidak bertanggungjawab dalam kejadian tersebut.
“Rakyat kita mahu bersuara tetapi takut kerana ugutan daripada kerajaan, walaupun mereka betul tetapi kalau cuba kritik kerajaan, tindakan akan diambil,” jelasnya.
Sebelum ini, Feri Sewol seberat 6,825 tan dan merupakan feri terbesar karam dalam pelayaran, seramai 476 penumpang dan kebanyakannya pelajar sekolah yang menaiki feri tersebut dari Incheon di barat Seoul ke pulau peranginan Jeju untuk lawatan sekolah.
Sehingga Ahad, jumlah kematian akibat tragedi itu dilaporkan mencecah 187 orang dan 115 lagi dilapor masih hilang.
Kesemua 15 kru kanan kapal tersebut didakwa di mahkamah atas tuduhan kecuaian kerana gagal membantu penumpang apabila feri tersebut karam, dua jam selepas membuat panggilan kecemasan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud