ARTIKEL SEBELUM

15/04/14

Penjarakan Anwar lebih lama ?

SURENDRAN 


KEADILAN mendesak kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak menggugurkan rayuan balas untuk menambahkan hukuman penjara terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden KEADILAN, N Surendran berkata, tindakan peguam negara mahu memanjangkan hukuman penjara terhadap ketua umum KEADILAN itu adalah pendakwaan terpilih dan bermotifkan politik.

Beliau merujuk tindakan Abdul Gani Patail memfailkan rayuan balas bagi menambah hukuman penjara, selepas Anwar dijatuhi penjara lima tahun oleh mahkamah rayuan.

Anwar membuat rayuan terhadap keputusan tersebut pada 7 Mac lalu, kata Surendran.“Rayuan balas Peguam Negara adalah terpilih, jahat dan bermotifkan politik. Perdana Menteri Najib dan kerajaan BN seluruhnya bertanggungjawab terhadap penganiayaan terbaru ke atas Anwar Ibrahim.

“Adalah jelas bahawa niat Umno- BN adalah untuk menamatkan cabaran Anwar terhadap kerajaan Umno BN, dengan mengenakan hukuman penjara jangka panjang,” ujarnya.

Katanya, cubaan memenjarakan Anwar oleh Umno dan perdana menteri adalah jelas dengan pelantikan peguam peribadi Najib, Datuk Shafee Abdullah sebagai ketua pendakwa dalam kes itu.

“Sikap terpilih rayuan balas dalam Fitnah II menjadi jelas apabila dibandingkan dengan keputusan untuk tidak merayu dalam kes-kes yang melibatkan kepentingan pemimpin BN,” ujarnya.

Katanya, tiada rayuan difailkan pendakwa terhadap pembebasan Abdul Razak Baginda yang dituduh membunuh Altantuya Shaariibu dan Tun Ling Liong Sik yang dikaitkan dengan skandal Pelabuhan Bebas Port Klang (PKFZ).

“Percubaan kerajaan yang rasuah untuk penjarakan Anwar Ibrahim adalah serangan terhadap sistem demokrasi berparlimen.“Kerajaan perlu menggugurkan rayuan balas dengan segera, secara terbuka menyatakan mereka tidak akan menentang rayuan Anwar terhadap sabitan bersalah, dan meminta maaf untuk kesalahan yang dilakukan kepada rakyat Malaysia, demi keadilan,” ujarnya.-kd

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud