ARTIKEL SEBELUM

9/04/14

Papagomo Bohong !! YB Surendran membuat laporan polis



YB Surendran membuat laporan polis berkenaan kenyataan bohong Papagomo di mahkamah dengan fakta Parlimen oleh Kementerian Pertahanan.

Keterangan palsu itu dilakukan Wan Muhammad Azri ketika beliau menjawan soalan peguam, Latheefa Koya dengan mendakwa kononnya beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene bagi mengelakkan indentiti beliau sebagai Papa Gomo terbongkar.

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), N Surendran berkata laporan polis itu dibuat oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli dan beliau sendiri di balai polis Dataran Prima di sini.

“Wan Muhammad Azri menipu dalam keterangan kepada mahkamah pada 27 Januari 2014 dalam kes saman Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap blogger Papa Gomo di mana beliau menyatakan dalam satu soalan bahawa beliau tidak pernah menaiki kapal selam Scorpene.

“Selepas itu soalan Rafizi kepada Menteri Pertahanan, sah menyatakan memang Wan Muhammad Azri ada menaiki kapal selam Scorpene.

“Maknanya memang dia menipu di mahkamah bagi mengelak indentiti beliau terbongkar yang sebenarnya dia adalah Papa Gomo,” kata Surendran ketika ditemui Selangor Kini di perkarangan Ibu Pejabat PKR di sini hari ini.

Papa Gomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris, merupakah pengendali blog pro Umno yang tegar dan gemar menyerang peribadi musuh Umno dengan dakwaan fitnah berunsur seks.

Gara-gara fitnah beliau, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM800,000 kepada Anwar kerana menyiarkan tulisan dan gambar fitnah pada Mac tahun lalu tahun lalu. -selangorku

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud