ARTIKEL SEBELUM

4/04/14

MH370: Tiada Objek Dikesan Di Lautan Hindi Pada Khamis

Operasi mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di kawasan pencarian meliputi 248,000 kilometer (km) persegi, kira-kira 1,700km di barat laut Perth, Australia, gagal menemui sebarang objek pada Khamis.

Pusat Koordinasi Agensi Bersama (JACC) dalam kenyataan berkata kawasan pencarian sentiasa diselaraskan dengan 10 pesawat dan sembilan kapal menuju ke arah utara kawasan pencarian pada Khamis.

"Tiga pesawat melakukan pencarian di bahagian selatan Lautan Hindi manakala kapal peninjau pelbagai fungsi HMS Echo milik United Kingdom beroperasi di utara kawasan pencarian untuk mengesan transmisi sonik daripada perakam data penerbangan.

"Satu isyarat dikesan tetapi tidak tepat. Isyarat palsu mungkin dialami daripada sumber-sumber biologi seperti ikan paus atau gangguan daripada bunyi perkapalan," menurut kenyataan itu.

JACC berkata, keadaan cuaca di kawasan pencarian adalah baik dengan jarak penglihatan kira-kira 10km.

JACC dilancarkan pada 1 April di Perth bagi menyelaraskan operasi mencari pesawat MH370.

Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di kawasan Laut China Selatan pada 8 Mac lepas, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing 6.30 pagi hari sama.

Selepas 17 hari selepas kehilangan pesawat jenis Boeing 777-200ER itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac lepas mengumumkan bahawa

penerbangan MH370 "berakhir di selatan Lautan Hindi".

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud