ARTIKEL SEBELUM

11/04/14

Khalid Ibrahim tegur Adun PKR ponteng sesi DUN Selangor

 

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (gambar) menasihatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PKR yang tidak menghadiri sesi Dewan Undangan Negeri (DUN) supaya lebih peka dengan tanggungjawab mereka sebagai wakil rakyat.

Beliau bagaimanapun berkata dirinya tidak dapat menghalang sekiranya Adun tidak hadir bersidang semata-mata mahu kerana berkempen sempena Pemilihan PKR 2014.

"Tak ada apa-apa (masalah) tapi saya harap mereka akan ingat tanggungjawab mereka kepada rakyat.

"Bagaimanapun saya tidak menghalang mereka membuat keutamaan dari segi usaha yang mereka lakukan," katanya kepada pemberita selepas selesai sidang DUN petang tadi.

Beberapa Adun PKR termasuk Mohamed Azmin Ali (Bukit Antarabangsa), Dr Xavier Jayakumar (Sri Andalas), Suhaimi Shafie (Seri Muda) dan Yaakob Sapari (Kota Anggerik) hari ini dilihat tidak hadir sesi penggulungan ucapan titah Diraja DUN.

Ketidakhadiran mereka dikatakan kerana menjelajah beberapa negeri di utara semenanjung untuk berkempen sempena pemilihan PKR yang akan berlangsung Mei ini.

Azmin akan mempertahankan kerusi Timbalan Presiden dan bersaing dengan Khalid, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dan Datuk K Ramachandaram.‎

Manakala Xavier akan bertanding dengan 14 calon lain merebut salah satu kerusi Naib Presiden PKR.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud