ARTIKEL SEBELUM

30/04/14

Khalid Ibrahim tak mahu jadi MB Selangor lagi ???

 

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau tidak bercadang untuk menjadi Menteri Besar pada penggal akan datang.

Dalam tulisan di Facebooknya  , beliau bagaimanapun berkata akan berkhidmat sehingga akhir penggal ini.

"Dan di akhirnya nanti, saya hanya mahu dikenang sebagai seorang yang berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Abdul Khalid telah membayangkan hasrat untuk tidak meneruskan khidmat sebagai Menteri Besar bagi penggal ketiga jika ditakdirkan Pakatan Rakyat terus mendapat mandat rakyat Selangor.

"Saya berpandangan kuat bahawa setiap pemimpin yang dipilih rakyat perlu mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada dua penggal sahaja, baik Perdana Menteri mahupun Menteri Besar. Perkara ini bagi saya jelas, kerana ia boleh memberi peluang kepada orang lain.


Beliau secara peribadi merasakan bahawa Pakatan Rakyat perlu menimbangkan untuk mengehadkan tempoh memegang jawatan kepada dua penggal sahaja, kerana ini akan membuka jalan kepada corak pemerintahan yang lebih segar.

"Parti kita perlu memikirkan dan memakai pandangan bahwa seseorang itu tidak boleh terus memegang jawatan terlalu lama," katanya sambil menambah bahawa ia perlu difahami jawatan yang disandang itu bukanlah "anugerah tetapi tanggungjawab".

Khalid berjaya memimpin Pakatan Rakyat untuk menang majoriti dua pertiga di Selangor pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dengan menyapu 44 daripada 56 kerusi negeri. - hd

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud