ARTIKEL SEBELUM

25/04/14

Jeff Ooi tiada kuasa minta saya letak jawatan MB

 

KLANG 25 APRIL : Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berpendapat Ahli Parlimen Jelutong, Jeff Ooi tidak mempunyai kuasa untuk mendesak beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor ekoran didakwa gagal menyelesaikan isu air di negeri itu.

Beliau berkata demikian dalam sidang media bagi mengulas kritikan wakil rakyat itu terhadapnya dalam laman Facebook semalam.

MB

“Saya ingat dia tiada kuasa (desak saya dipecat),” katanya ringkas.

Sementara itu, ketika ditanya adakah beliau wajar bertindak terhadap kritikan berkenaan, Abdul Khalid menegaskan ia tidak perlu kerana perkara itu membabitkan kematangan dan kewibawaan seorang pemimpin.

Beliau turut menafikan kritikan itu mempunyai hubung kait dengan pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan berlangsung pada 26 April hingga 11 Mei depan.

“Saya tidak mahu menghubung kait (dengan pemilihan PKR). Apabila saya buat (andaian) itu, saya pula yang mungkin membuat fitnah tentang perkara tersebut,” katanya lagi.

EZY

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud