ARTIKEL SEBELUM

23/04/14

Ini “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.- Anwar


PKR menafikan menganjurkan majlis 'tahlil' ekoran kematian pemimpin DAP Karpal Sigh di rumah Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim esok.

Penafian itu dibuat ekoran penyebaran meluas poster di Internet yang mempromosikan acara yang didakwa anjuran penyokong ketua pembangkang, Kelab Anwar Ibrahim (AIC).


Menjawab soalan di Twitter, Anwar (gambar) menyifatkannya sebagai “contoh pembohongan Umno” dan fitnah “macai” yang ketandusan idea.

Poster itu antaranya mengundang orang ramai ke acara dinamakan "Majlis Tahlil Syuhadah Karpal" pada waktu Maghrib esok di kediaman Anwar di Segambut, Kuala Lumpur.

Dalam versi lain yang turut diedar, acara itu dinamakan "Majlis Kesyukuran Mendian Karpal".

Kandungan lain maklumat dalam poster itu sama kedua-duanya, malah menggunakan reka bentuk serupa.

Ia turut memuatkan potret Karpal dengan latar belakang Anwar sedang berdoa.

Sementara itu AIC juga menafikan dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai fitnah.

Menulis dalam Facebooknya, kumpulan itu sebaliknya menjelaskan, majlis di rumah Anwar esok sebenarnya khusus mendoakan keselamatan dan perlindungan Allah terhadap Anwar dan keluarga.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud