ARTIKEL SEBELUM

30/04/14

Gerrard Jadi Bahan Ejekkan Peminat Bola


Diterbitkan: Selasa, 29 April 2014 9:11 AM

KETUA pasukan Liverpool, Steven Gerrard menjadi bahan ejekkan di laman sosial oleh peminat bola sepak di seluruh dunia selepas 24 jam perlawanan berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Chelsea 2-0.
Ribuan gambar dan video yang mengejek Gerrard dimuat naik ke setiap laman sosial termasuk daripada kalangan pemain bola sepak Liga Perdana Inggeris sendiri.
Terdapat segelintir pihak yang mempermainkan insiden Gerrard tergelincir malah ada juga yang mengubah gambar perebutan bola antara pengendali Chelsea , Jose Mourinho dengan ketua pasukan berkenaan dengan digantikan ia sebagai piala liga.
Sebelum itu sejurus selepas perlawanan di Anfield pada Ahad, sekumpulan penyokong  kedua-dua pasukan bergaduh kerana ejekkan yang dicetuskan penyokong Chelsea.
Puncanya sama, penyokong Chelsea menyanyikan lagu insiden tergelincir yang membolehkan pasukan lawan mendapat jaringan pertama.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud