ARTIKEL SEBELUM

12/04/14

AZMIN JELASKANS EBAB BELIAU KRITIK PENTADBIRAN SELANGOR .



Tidak mahu kejatuhan PAS Kedah berulang di Selangor, maka pemimpin PR mengkritik pentadbiran Selangor, jelas Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dalam perjumpaannya dengan pimpinan PKR Pulau Pinang di Yayasan Aman, Permatang Pauh.

"Saya mengkritik dalam soal kenaikan gaji ADUN dan Exco lebih 300%, siapa yang tidak mahu gaji naik, tapi janganlah kenaikan itu sampai rakyat marah kepada kita.

Saya juga mengkritik MoU air, yang [detailnya] tidak diketahui oleh pemimpin Pakatan Rakyat. Sdr. Rafizi sendiri begitu lantang mengkritik isu air Selangor. 

Kita bukan seperti Umno BN mengangguk saja. Kita mengamalkan prinsip keadilan dan kesepakatan. Jadi salahkah saya ? ..

Azmin mengambil contoh ADUN DAP juga turut mengkritik pentadbiran Selangor. Semuanya kerana bertujuan untuk mengukuhkan PR di negeri itu.

Namun, dijelaskan beliau juga serba salah, kuatir teguran itu disalahertikan.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud