ARTIKEL SEBELUM

22/03/14

Waris penumpang China tuduh M'sia pembunuh

Waris penumpang warga China dalam pesawat MH370 yang hilang, meluahkan kemarahan mereka terhadap para pegawai Malaysia dan menuduh mereka membunuh, semasa taklimat di Beijing.


Menurut laporan AFP, para pegawai tersebut berada di Hotel Lido untuk memberi taklimat kepada keluarga penumpang tentangstatus usaha mencari dan menyelamat yang kini masuk ke minggu ketiga hari ini.

Pihak polis terpaksa campur tangan untuk menghalang mereka daripada menyerang delegasi tersebut, yang terpaksa meninggalkan bilik tersebut.

"Kerajaan Malaysia menipu kita. Mereka tidak berani berdepan dengan kami. Kerajaan Malaysia adalah pembunuh terbesar," jerit seorang ahli keluarga di taklimat itu .

Pegawai Malaysia Airlines mengadakan taklimat setiap hari kepada keluarga penumpang terbabit tetapi reaksi hari ini adalah antara yang paling panas.

"Kerajaan Malaysia, beritahulah kita yang benar! Pulangkan orang-orang yang kita sayangi!" jerit seorang ahli ahli keluarga.

"Kami tidak boleh menanggungnya lagi... Mereka menawarkan kami pampasan, tetapi kami telah kehilangan seluruh keluarga kami.

"Mereka tidak boleh hanya memberitahu kami untuk datang atau pergi sesuka hati mereka. Kita akan tunggu di sini. Jika mereka tidak datang, kami tidak meninggalkan tempat ini," kata seorang wanita lain dipetik sebagai berkata.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud