ARTIKEL SEBELUM

22/03/14

Tiada bukti mencurigakan dalam simulator juruterbang - Pakar forensik

 Kapten Zaharie bersama simulator penerbangan yang disiasat penyiasat bagi mencari sebarang maklumat berhubung kehilangan pesawat MH370.

Ketika pencarian pesawat MH370 memasuki minggu ketiga, para pakar forensik yang memeriksa simulator penerbangan yang diambil dari kediaman juruterbang Malaysia Airlines (MAS) Kapten Zaharie Ahmad Shah, tidak menjumpai sebarang bukti mencurigakan, The Sydney Morning Herald (SMH) melaporkan.

Simulator itu menjadi salah satu fokus utama para penyiasat bagi menyelesaikan misteri kehilangan pesawat berkenaan.

Penyiasat curiga apabila mendapati Zaharie, 53, memadam log pada komputer yang dihubungkan dengan simulator pada 3 Februari, hampir lima minggu sebelum Boeing 777 dengan 239 penumpang hilang daripada radar semasa penerbangan darDilaporkan bahawa pemacu keras komputer itu dihantar kepada pakar FBI di Amerika Syarikat bagi kajian lanjut memandangkan penyiasat mengambil kemungkinan pesawat itu dirampas.

Zaharie dan pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid, 27, menjadi tumpuan utama siasatan selepas pihak berkuasa Malaysia berkata mereka percaya terdapat "tindakan yang disengajakan" oleh seseorang di atas pesawat yang menyebabkan ia kehilangan komunikasi dan kemudian beralih daripada laluan penerbangan yang dijadualkan. i Kuala Lumpur ke Beijing.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud