ARTIKEL SEBELUM

22/03/14

Pengakuan Hishammuddin tentang pencarian MH370

 Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein di sidang media bagi menyampaikan perkembangan terkini mengenai operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370 di Hotel Sama-Sama, Sepang. - Gambar Reuters, 21 Mac, 2014.

Selepas 14 hari tanpa sebarang penemuan MH370 ditemui, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengakui pencarian pesawat tersebut akan memakan masa yang panjang.

Pemangku menteri pengangkutan itu berkata, fokus misi mencari dan menyelamat (SAR) kali ini tertumpu kepada usaha mengecilkan kawasan mencari.

"Ia akan memakan masa yang panjang. Fokus kini mengecilkan kawasan mencari," kata Hishammuddin pada sidang mediMisi mencari dan menyelamat masuk hari ke-14 hari ini, fokus tertumpu di dua koridor, utara dan selatan.

Dalam perkembangan terbaru, pihak berkuasa Australia semalam dilaporkan memiliki imej satelit berwibawa yang mungkin serpihan MH370.

Dua imej satelit mengesan objek bersaiz 24 meter (79 kaki) yang dipercayai tenggelam timbul di permukaan air.
Fokus usaha mencari kini tertumpu di Lautan Hindi, kawasan seluas 305,000 kilometer persegi, kira-kira 2,600 tenggara Perth.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Australia masih gagal mengesan kedua-dua objek yang dirakam satelit kira-kira 2,500 km dari barat daya Perth.

Awal hari ini, laporan The Telegraph memetik penyiasat inkuiri Air France 447, Alain Bouillard berkata pencarian pesawat Boeing 777-200ER akan lebih "jauh, jauh sukar".

Bouillard berkata penyiasat berdepan "tugas besar" dalam mencari MH370 pada hari ke-14.

Pakar membayangkan perairan selatan Lautan Hindi dimana serpihan MH370 dikesan sebagai "persekitaran paling bahaya dalam dunia".

Bouillard mengetuai pencarian pesawat Air France yang terhempas pada 1 Jun 2009, antara Rio De Janeiro dan Paris yang mengorbankan 228 penumpang. a di Hotel Sama-Sama.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud