Berita satelit China menemui objek lain di Lautan Hindi semalam memberikan dorongan baru untuk mencari pesawat MH370 dalam misi pencarian yang sudah masuk minggu ketiga.
Lebih banyak pesawat dan kapal menyertai operasi mencari dan menyelamat antarabangsa mengeruk kawasan laut terpencil Bumi, selepas Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein semalam berkata penemuan satelit terkini merupakan objek berukuran kira-kira 22.5m panjang dan 13m lebar.
Dr John Blaxland dipetik berkata kepada agensi berita China, Xinhua, jika ukuran tepat, ia konsisten dengan sayap pesawat Boeing 777-200ER, lapor The Sydney Morning Herald (SMH) hari ini.Apabila ditanya apakah penemuan satelit China itu menyerupai imej satelit awal diumumkan Australia, Dr Blaxland dari Australian National University berkata, ia berbeza.
“Bentuknya sama tetapi jika ukuran tepat, ini lebih besar saiznya,” katanya.