ARTIKEL SEBELUM

8/03/14

Najib Isytihar 'Perang' Kepada Pakatan kerana penjara Anwar

 

Pimpinan KEADILAN mengecam pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Putrajaya menjatuhkan hukuman penjara 5 tahun ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua berkata, tindakan pimpinan perdana menteri itu membangkitkan kemarahan rakyat dan merupakan satu pengisytiharan ‘perang’ terhadap Pakatan.

“Najib penjarakan Anwar lima tahun- rakyat akan jatuhkan Najib dalam masa lima bulan, saya janji kepada kamu!

“Najib isytihar perang kepada Pakatan Rakyat, rakyat sedia untuk bangkit!,” tulisnya di laman Twitter.

Pengarah Strategi KEADILAN Rafizi Ramli berkata, beliau sudah menjangka keputusan mahkamah dan menyifatkan ia keputusan yang tidak adil.

“Perasaan paling buruk adalah, saya tidak terkejut dan bersedia dari segi mentalnya untuk ketidakadilan ini,” tulisnya di Twitter.

Katanya, BN akan tetap melakukan ketidakadilan terhadap Anwar walaupun tanpa Pilihan Raya Kecil Kajang, yang sepatutnya akan ditandingi ketua pembangkang itu tidak lama lagi.

Sementara itu, Adun Bukit Lanjan, Elizabeth Wong berkata keputusan hakim Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar sebelum ini, adalah mengejutkan.

“Memeranjatkan. Mahkamah Rayuan menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Anwar Ibrahim. Di mana keadilan?” tulisnya di Twitter.

Sementara itu, Timbalan Pengarah, Bahagian Asia, Human Rights Watch Phil Robertson berkata, perbicaraan terhadap Anwar merupakan penghakiman politik dan kerajaan bersedia untuk berbuat apa saja untuk mempastikan ia berlaku.

“Anwar dan keluarga beliau nampaknya terperangkap dalam mimpi ngeri yang tidak ada penghujung dalam karier politiknya, di mana mahkamah telah digunakan sebagai alat untuk menjatuhkan hukuman politik.

“Memang benar, hari gelap kepada kehakiman di Malaysia yang menunjukkan diri mereka sendiri tidak mampu berdiri tegap bila isu politik dimainkan di depan mereka.

Kes yang dihadapi Anwar tidak sepatutnya dipertimbangkan sebagai jenayah sejak awal-awal lagi,” katanya seperti dilapor The Malaysian Insider.

Terdahulu, Hakim Datuk Balia Yusuf Wahi yang mengetuai panel tiga hakim mengumumkan keputusan sebulat suara membatalkan pembebasan Anwar oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, pada Januari 2012.

Mahkamah Rayuan menetapkan hukuman lima tahun penjara bagi Anwar didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Hukuman dijangka menyebabkan Anwar tidak lagi layak memegang sebarang jawatan politik dan tidak boleh bertanding dalam PRK N25 Kajang, pada 23 Mac ini.

Mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan wang jaminan RM10,000 yang harus diserahkan pada Isnin depan.

Timbalan Pendakwaraya Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tidak membantah keputusan tersebut.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud