ARTIKEL SEBELUM

25/03/14

MH370# - Waris di China mahu berarak ke kedutaan Msia



Sekumpulan waris kepada penumpang pesawat penerbangan MH370 yang tidak berpuas hati dengan tindakan Malaysia Airlines dan kerajaan Malaysia mengancam untuk berarak ke Kedutaan Malaysia di Beijing.

Laporan Reuters mengenai suasana di ruang hotel yang menempatkan waris penumpang tersebut menyebut, seorang daripada anggota keluarga berkenaan membacakan kenyataan mengutuk kerajaan Malaysia, pasukan tentera dan MAS kerana “terus menerus cuba melengah-lengah dan menyembunyikan kebenaran.”

“Ia cubaan untuk memperdaya keluarga penumpang dan cubaan untuk memperdaya seluruh dunia,” kenyataan itu dipetik.

Kenyataan tersebut dimuatkan di satu laman blog China oleh “Jawatankuasa Keluarga Malaysia Airlines MH370”.

Dalam satu kenyataan lanjut, anggota keluarga tersebut berkata mereka akan menuju ke Kedutaan Malaysia di Beijing pada hari Selasa untuk “membantah, menuntut kebenaran dan kepulangan anggota keluarga.”- mkini

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud