ARTIKEL SEBELUM

16/03/14

MH370 tak mendarat di pangkalan AS Diego Garcia

 

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 mendarat di pangkalan tentera Amerika Syarikat Diego Garcia di Lautan Hindi.

Bercakap pada sidang media berhubung perkembangan kehilangan pesawat itu di Sepang hari ini, beliau berkata setakat ini tidak ada mana-mana pihak menuntut wang tebusan, lapor Bernama.

"Tidak ada. Ini amat menyukarkan kami untuk mengesahkan sama ada ia dirampas atau tindakan pengganas.

“Kami melihat segala kemungkinan. Kami tidak mengambil mudah sebarang kemungkinan," beliau dipetik sebagai berkata.

Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing, yang membawa 227 penumpang
dan 12 anak kapal, hilang daripada radar sejam selepas berlepas dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sabtu lepas.

Berikutan pengesahan bahawa pesawat itu melakukan penerbangan patah balik, wujud spekulasi media asing bahawa pesawat itu mungkin dilencongkan ke Diego Gracia.

Pencarian di Andaman tak berhasil

Sementara itu, agensi berita nasional juga melaporkan bahawa pencarian MH370 di sekitar pulau Andaman dan Nicobar belum berhasil setakat ini, seperti disahkan pemerintah Andaman dan Nicobar (ANC) semalam.

Dua kapal tentera laut India termasuk dari negara lain terus mencari di lokasi yang ditentukan pihak Malaysia, namun tiada sebarang tanda pesawat dikesan.

"Tiada tanda-tanda jet terhempas berhampiran kawasan pencarian. Perincian yang diperoleh adalah kabur. Pasukan mencari kami memerlukan titik permulaan untuk mencari.

“Kami telah mencari di semua kepulauan tetapi tiada tanda-tanda pesawat," kata Laksamana Madya Sudhir Pillai, ketua staf ANC, lapor Bernama, memetik The Times of India.

Pengawal trafik udara di Kolkata turut menolak kemungkinan pesawat yang hilang itu terbang melalui ruang udara India, satu dari dua kemungkinan yang dicadangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa sidang akhbar di Kuala Lumpur semalam.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud