ARTIKEL SEBELUM

12/03/14

Kotak Hitam Kapal terbang Mampu Beri Isyarat Selama Sebulan

 

PARIS:Kotak hitam yang merekodkan keseluruhan data dalam penerbangan merupakan alat penting dalam penyiasatan kemalangan udara.

Setiap penerbangan komersial diwajibkan membawa dua kotak hitam iaitu Perakam Data Digital Penerbangan yang mengandungi data tentang kelajuan, ketinggian dan arah pesawat manakala Perakam Suara Kokpit yang akan menyimpan perbualan kokpit, sebarang bunyi dan pengumuman.

Walaupun disebut sebagai kotak hitam namun ianya berwarna oren dengan jalur putih yang mudah dilihat dan setiap satunya dianggar seberat tujuh hingga 10 kilogram.

Diperkenalkan untuk penerbangan pada 1960-an, perakam penerbangan dibaluti kemas oleh besi yang tahan lasak mampu menahan daripada kerosakan walaupun direndam di dalam laut dalam.

Ia boleh bertahan pada kedalaman 6,000 meter di dalam laut (20,000 kaki) serta boleh terdedah kepada suhu yang tinggi - satu jam 1,100 darjah centigrade. Ia dilengkapi dengan petunjuk yang boleh mengeluarkan isyarat selama satu bulan.

Pada Januari 2004, kotak hitam milik syarikat penerbangan dari Mesir yang terhempas di luar pantai Sharm el-Sheikh ditemui selepas usaha mencari dilakukan selama seminggu di kedalaman 1,022 meter di bawah laut.

Dalam tragedi Air France melibatkan penerbangan AF447 pula, kotak hitam ditemui selepas 23 bulan tenggelam pada kedalaman 3,900 meter di Lautan Atlantik.

Ia juga telah membongkar rahsia pesawat itu terhempas pada 1 Jun 2009.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud