
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri berkata, situasi kehilangan pesawat MH370 melampaui politik partisan.
Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada penyiasat telah menyoal Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas berhenti sekejap, Hishamuddin berkata: “Fokus daripada hari pertama untuk mencari pesawat. Perkara ini melampaui politik.”
Beliau berkata, perkaitan itu dibangkitkan oleh media asing, Daily Mail dari United Kingdom, dan bukannya kerajaan.
Tabloid British itu dengan memetik sumber antaranya menggambarkan juruterbang Kapten Zaharie Ahmad Shah sebagai penyokong kuat Anwar dan “fanatik politik”.