ARTIKEL SEBELUM

17/03/14

Ibrahim Ali Dihina,Perkasa mahu Boikot PRK Kajang


Timbalan Presiden Pertubuhan Pribumi (Perkasa), Datuk Abdul Rahman Bakar menyelar calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang Datin Paduka Chow Mei Fun di atas kenyataannya yang menghina Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali .

Beliau mengulas mengenai laporan berita televisyen TV3 semalam apabila Chow membuat dakwaan imejnya terjejas gara-gara penyiaran gambarnya bersama presiden Perkasa itu.

Katanya, kenyataan calon BN bagi PRK Kajang yang dianggap melampau itu menyebabkan kumpulan pendesak Melayu menggesa warga Perkasa tidak keluar mengundi di PRK pada 23 Mac ini.

"Kebiadapan yang ditunjukan calon MCA terhadap presiden kita dan Perkasa amnya yang disiarkan dalam berita perdana di TV3 semalam adalah sangat tidak wajar‎," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Timbalan presiden itu juga berkata, kenyataan Chow itu seolah-olah menyamakan presiden Perkasa sebagai seorang penjenayah.

Perkasa turut mempertikaikan kenyataan itu apabila berkata calon MCA boleh menafikan gambar itu tanpa mendakwa ia menjatuhkan imejnya.

"Bukankah calon MCA boleh setakat menafikan beliau tidak pernah berjumpa presiden perkasa dan bergambar dengannya serta beliau tiada kena mengena dengan Perkasa sahaja? Mengapa perlu sebut sesuatu yang boleh menjatuhkan imejnya?‎" katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud