ARTIKEL SEBELUM

19/03/14

Godam telefon bimbit pemimpin PR cetus perang psikologi

KAJANG - PR mendakwa insiden penggodaman telefon bimbit 11 pimpinan termasuk petugas jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) disyaki dilakukan pihak lawan.

Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh berkata, situasi ini jelas menggambarkan strategi negatif pihak tidak bertanggung jawab yang cuba melaga-lagakan komponen dalam PR.

"Kami gesa siasatan terperinci dilakukan pihak polis, Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) dan syarikat pengendali rangkaian telefon bimbit dan kandungan mesej yang dikirim spesifik kepada perjalanan PRK Kajang.

"Kesemua mesej dikirim kepada pengundi Kajang, isu pilihan raya dan kita syak siapa yang dapat untung daripada perbuatan ini melainkan parti lawan. Dengan tujuan menakutkan pengundi Kajang, kita gesa perbuatan jijik ini dihentikan serta-merta," katanya ketika sidang media, hari ini.

Sementara itu, Fuziah memaklumkan majoriti penerima mesej godam berkenaan terdiri daripada pengundi Melayu Kajang.

"Kiriman-kiriman berkenaan berbaur hasutan dan rasis.

"Menunjukkan wujud pertelingkahan dalam komponen PR. Digambarkan kami bergaduh sesama sendiri dan kita yakin perang psikologi bertujuan mencemarkan kempen pilihan raya," katanya.

Fuziah menegaskan sekiranya laporan polis dan SKMM tidak berkesan ini sebagai petanda referendum untuk ubah kerajaan wajar dilakukan membuktikan penolakan kepada politik kotor.

Antara kandungan mesej berkenaan berbunyi, "Jangan biar Pas masuk kawasan Cina. Cina di sini tak suka Pas. Sila sebarkan."

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud