ARTIKEL SEBELUM

5/03/14

Azmin Ali menyatakan taat setianya terhadap Anwar Ibrahim

 

Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menyatakan taat setianya kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim meskipun jawatannya dalam parti itu akan dicabar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan sudah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Beliau berkata perjuangannya bersama Anwar sejak 30 tahun lalu tidak akan digugat oleh sesiapa meskipun akhbar milik Umno, Utusan Malaysia acapkali melagakan dua pemimpin PKR ini.

“Anwar (sudah) saya kenal lama. Sebab itu saya pesan dengan Utusan, jangan cuba hendak pecahkan saya dengan Anwar. Saya sudah berkhidmat dengannya selama 30 tahun. 15 tahun semasa dalam kerajaan. Dia masuk penjara tujuh tahun, saya jaga keluarganya.

“Dia keluar penjara 2004, saya masih setia dengannya. Saya akan terus setia dan taat kepada Anwar. Bukan kerana batang tubuhnya tetapi idealisme perjuangannya, prinsipnya yang mempertahankan hak rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya ketika berucap di Taman Puncak Saujana, Kajang malam tadi.

Minggu lalu, Khalid mengumumkan untuk bertanding jawatan timbalan presiden PKR dalam pemilihan parti April ini sebagai satu tanggungjawab untuk memperbaiki asas parti yang disifatkannya mempunyai kelemahan.

Katanya, beliau lebih senang apabila perjuangan yang bakal dilalui bersama parti itu ditunjangi dasar kesaksamaan dan keadilan yang lebih baik.

"Daripada segi pelaksanaan, nampaknya ada yang tidak betul, ada yang betul, ada yang tahu dan tidak tahu, ada yang indah dan tidak indah,” katanya.

Mengenang kembali pada 1998, Azmin mendakwa dirinya terlebih dahulu ditangkap polis berbanding Anwar dan didesak untuk membuat pengakuan diliwat oleh ketua pembangkang itu.

Katanya, atas kepercayaan yang kukuh kepada Anwar sebagai pemimpin yang mulia dan bertakwa, beliau tidak tunduk kepada desakan itu.

“Saya tidak tandatangan dokumen (mengaku diliwat Anwar) kerana saya kenal Anwar seorang yang cukup beriman dengan Allah, berakhlak mulia, tidak rasuah, tidak rompak hak rakyat dan orang ini sekarang menjadi wakil kita di Kajang,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud