ARTIKEL SEBELUM

8/03/14

Artis ini mohon maaf selepas buat lawak pasal MH370

 

KUALA LUMPUR: Berfikir dahulu sebelum bertindak.

Dek kerana menjadikan berita kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan Boieng 777 – 200 MH370 sebagai satu bahan jenaka, Zed Zaidi dicemuh di Twitter.

Zed telah menyoal di Twitternya tentang kebenaran berita tersebut dan mengaitkan ia dengan isu hidangan ‘nasi lemak telanjang’ dan ‘asam pedas’ MAS.

Twitnya itu kemudian sudah dipadam, namun ianya telah menjadi viral dan diperkata ramai.Tulisannya itu membuatkan warga Twitterjaya termasuk rakan artis sendiri marah dan menyifatkan pelakon tersebut tidak berfikir sebelum menulis.

Ada juga yang merasakan Zed bagai tidak sensitif dengan insiden tersebut.Namun begitu, tiga jam kemudian, Zed memohon maaf secara terbuka di Twitter mengenai kenyataannya.

Zed mengakui yang dia keliru dengan berita yang dilaporkan dan berdoa agar semuanya selamat.




posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud