ARTIKEL SEBELUM

6/03/14

Anwar 'Mungkin tak boleh tanding jika rayuan berjaya'

 

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim berkemungkinan besar tidak dapat bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Kajang sekiranya rayuan pendakwaraya terhadap keputusan kes Liwat II berjaya, kata seorang pemimpin PKR.

Mahkamah Rayuan sedang mendengar kes ini hari ini dan esok.

Ahli Parlimen Bayan Baru Sin Tze Tzin berkata prosiding saat akhir itu merupakan langkah politik kerajaan BN untuk menamatkan hayat politik Anwar.

"Sebaik Mahkamah Rayuan habis membuat pendengaran pada hari Jumaat, penghakiman akan diberikan pada petang Isnin, betul-betul selepas sesi Parlimen di waktu pagi.

"Sekiranya Anwar disabit, tidak akan ada masa bagi peguam beliau untuk memohon penggantungan pelaksanaan hukuman di Mahkamah Persekutuan kerana ia selepas waktu pejabat, dan beliau (Anwar) akan ditahan di jel," kata Sim dalam sidang media hari ini.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud