ARTIKEL SEBELUM

2/02/14

Pakai baju jersi Selangor pun jadi kontroversi Umno

 

Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas pimpinan Umno hanya kerana beliau memakai baju jersi Selangor semasa Program Ramah Mesra Bersama Penyokong Bola Sepak Selangor semalam.

“Pakai baju jersi Selangor pun dah jadi kontroversi bagi pimpinan Umno.

“Strategi kita menjadi. Oleh kerana itu diharapkan semua jentera akan turun padang bagi memastikan Kajang tetap pada PR.

“Umno-BN mesti dikekang dari terus memanipulasi kebenaran,” kata Anwar ketika menyampaikan ceramah penerangan beliau di Yayasan An-Nadhoh, Kubang Semang , semalam.

Anwar berkata, keputusannya bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, kerana mahu menangkis serangan Umno terhadap Pakatan Rakyat dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Umno-BN memantau dengan serius kekuatan yang ada pada Tan Sri Khalid selaku Menteri Besar Selangor bersama-sama dengan pimpinan PR.

“Jika dibiarkan, pimpinan Kerajaan Negeri Selangor pimpinan Tan Sri Khalid akan terus diserang habis-habisan selama empat tahun lagi walaupun banyak yang beliau lakukan untuk kebajikan rakyat,” katanya dipetik dari Keadilan Daily.

Kata Anwar, Umno kini tidak lagi melihat kepada keperluan dan kebajikan rakyat Selangor, sebaliknya berterusan menyerang Pakatan.

Anwar juga berkata, serangan yang dilemparkan kepadanya, termasuk daripada bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad membuktikan betapa gerunnya Umno-BN terhadap kekuatan Pakatan Rakyat.

“Mahathir juga kata saya tidak layak jadi PM, tapi hanya jadi MB saja. Kasihan pada Mahathir juga, sudahlah jalan tidak kuat lagi, tapi digunakan Umno untuk menyerang saya lagi sehingga kini,” katanya.

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud