Dah lama aku tak buka RTM1, tapi malam semalam terpaksa layan pasai terbaca posting di laman buku mengenai wawancara secara langsung diantara Shuhaizan Kaiat dengan Noh Omar maka aku terus buka dan layan tv1...
Tapi malang bayang Noh Omar tak kelihatan yang ada hanya lah Exco Pemuda Umno, Armand Azha dan seorang penganalisis politik. Apa sebab beliau tidak hadir tak di ketahui mungkin selalu kencing malam kut ha ha...
Walau dengan tidak kehadiran Noh Udang topik perbincangan semalam tetap menarik ia berlegar legar mengenai kewajaran peletakan jawatan adun Kajang serta PRK Kajang dan diselang seli serangan bertubi tubi terhadap Anwar Ibrahim yang gila nak jawatan menteri besar oleh dua orang fanalis berserta dua orang moderator.
Kehebatan Ketua pemuda Pas amat terserlah semalam, dengan bersahaja beliau mematah hujah hujah dari kempat empat mereka yang disiar secara langsung oleh tv1.
Armand Azhar mengukit kewajaran perletakan jawatan adun Kajang kerana dilihat mengkhianati pengundi di Kajang, Shuhaizan Kaiat terus menjawap dengan menempelak Umno Khususnya BN kerana kata beliau pada tahun 1997, Kerajaan Selangor dibawah pemerintahan Umno pernah mengadakan pilihan raya kecil untuk memberi laluan kepada Tan Sri Abu Hasan Omar mengisi jawatan MB.
ADUN Kuala Selangor ketika itu meletakkan jawatan dan satu pilihan raya kecil diadakan. Kenapa tidak seorang pun heboh dan mengatakan Umno Selangor megkhianti pengundi dan salah guna sistem demokrasi, tetapi bila pada pembangkang terus di lebel pengkhianti pengundi.
Pada masa itu Tan Sri Abu Hassan merupakan seorang anggota parlimen dan anggota kabinet kerajaan Pusat. Beliau tidak mengosongkan kerusi ahli parlimen tetapi telah bertanding dalam pilihan raya kecil itu.
Beliau menang dan Abu Hasan menjadi Menteri Besar Selangor sehingga dia bersara pada bulan Ogos tahun 2000 atas alasan kesihatan....
PerghhHH hebat ko memang hebat Suhaizan kayat ...
Memang bebaloi aku layan Tv 1 malam semalam walau diboikoit oleh diri aku sejak sekian lama, cuma yang aku terkilan pasai Noh Omar yang beredegor degor kehulu kehilir tak muncul muncul sehingga akhir rancangan.
Satu lagi forum anjuran RTM semalam aku rasa tak kena gaya pasai 4 ekor lawan seorang ,tetapi itulah RTM .
Satu lagi sepatutnya bukan Shuhazan Kaiat yang perlu jawap atau hadir dalam forum itu ,kerana semua soalan yang bertalu talu adalah mengenai isu letak jawatan adun Kajang, PRK Kajang , Anwar Ibrahim , giler jawatan MB Selangor oleh Anwar kebanyakanya berkisar dalam pimpinan PKR.