ARTIKEL SEBELUM

6/02/14

Jika Anwar kalah di Kajang, lupakanlah PRU14

SUBANG JAYA - Pengerusi DAP Selangor Tony Pua hari ini menyifatkan bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Kajang adalah penyambung hayat kepada PR menjelang PRU14.

Menurut Tony, medan PRK Dun Kajang adalah lonjatan untuk PR 'merampas' Putrajaya, namun jika Datuk Seri Anwar kalah di Dun tersebut, PR 'terpaksa' melupakan hasrat mereka untuk menakluk Putrajaya.

"PRK Dun Kajang adalah batu lonjatan untuk PR.

"Risikonya sangat tinggi, oleh itu kita perlu berwaspada.

"...kerana kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim kalah, kita 'terpaksa' lupakan PRU14, Ubah dan sebagainya," katanya ketika Forum Serampang Kajang di Empire Hotel Subang Jaya hari ini.

Kerusi Dun Kajang dikosongkan oleh bekas penyandangnya, Lee Chin Cheh dari PKR dengan meletakkan jawatan 27 Januari lalu.

Chin Cheh memenangi kerusi itu pada PRU Mei lepas dengan majoriti 6,824 undi dalam pertembungan enam penjuru dengan BN, Berjasa dan tiga calon bebas.

Susulan daripada itu, PKR menerusi Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon baru di Dun tersebut. - SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud