ARTIKEL SEBELUM

14/02/14

Isu sembelih ayam kempen percuma kepada Anwar

 Dr Mohammad Agus Yusoff 

Penganalisis politik berpandangan tindakan sekumpulan NGO Melayu yang bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang sebagai bantahan hanya memberi kempen tambahan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim menjelang PRK Dun Kajang pada 23 Mac ini.

Menurut pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, laporan media berhubung perkara itu secara tidak langsung mempromosikan Anwar.

"... pada pengamatan saya kontroversi yang tercetus ini telah memberi banyak kelebihan kepada Anwar.

"Ianya secara tidak langsung telah memberi kempen percuma kepada Anwar, mereka seolah-olah membantu kempen PKR secara tidak sedar, ini kerana harus diingat masyarakat di Kajang berada dalam kategori bandar yang sentiasa terdedah dengan perkembangan terkini negara, mereka dengar dan mereka tahu," katanya kepada Sinar Harian Online hari ini.

PRK Dun Kajang akan diadakan pada 23 Mac ini, susulan tindakan penyandangnya Lee Chin Cheh meletakkan jawatan sebagai Adun di kerusi tersebut, ekoran itu Anwar dinamakan sebagai calon untuk mengisi kekosongan kerusi tersebut.

Terbaru MCA mengumumkan bahawa calonnya akan bertanding di kerusi tersebut bagi menentang Ketua Umum PKR itu.

Untuk rekod, kontroversi 'sembelihan ayam' baru-baru ini dilakukan oleh sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka "Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia" telah bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR.

Kain rentang itu memuatkan wajah Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang, Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dari DAP dan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon dari PKR.

SH

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud