ARTIKEL SEBELUM

23/02/14

Facebook pro-Pakatan disekat di Malaysia?

Beberapa akaun laman Facebook pro-Pakatan yang popular tidak boleh dilayari di Malaysia sejak tengahari semalam, mencetuskan spekulasi bahawa laman sosial itu disekat di sini.

Percubaan untuk melayari laman sosial Facebook yang terlibat tetapi pelokasi sumber seragam (URL) mengarahkan kembali ke laman utama Facebook.


Berdasarkan kenyataan akhbar Biro Ekonomi DAP Perak Chong Zhemin, laman Facebook yang terlibat termasuklah 'We Fully Support PKR' dan 'Zhong Zheng Kuai Xun'.

Laman itu antara yang popular di kalangan komuniti Cina khususnya sewaktu pilihan raya umum ke-13 lalu, mengedarkan mesej pro-Pakatan dan mencatatkan sehingga 500,000 'likes'.- mk


 

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud