ARTIKEL SEBELUM

7/02/14

'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' sembelih Ayam bukan kerana Allah ??



"Ia adalah simbolik peristiwa berdarah, bermakna kita beri amaran kepada Teresa Kok supaya jangan cetuskan peristiwa yang menggugat keamanan dan perasaan orang Melayu.


"Darah ini maknanya peristiwa 13 Mei... faham-fahamlah,"kata wakil penganjur, Zulkifly Sharif dari Pertubuhan Permuafakatan Majlis Ayahanda Malaysia (Permas).

*********************.

Aku tak setuju langsung apa yang dilakukan oleh puak puak NGO ini , Semua ini akan menjerumus dan membangkitkan kemarahan serta kebencian diantara kaum dinegara ini.


Yang membuat onar ini pun hanya segelintir orang melayu islam yang berperangai tak senonoh yang telah mencemar agama islam itu sendiri kepada masyarakat umum.

Tindakan mereka ini mencermin sifat rendah akhlak serta kejahilan mereka.Isu membangkitkan kebencian kaum itu satu hal ,tetapi yang menyedihkan bila sembelihan ayam itu pun kalau diamati bercangah dengan nilai nilai islam.

Dengan tak sedar mereka telah menpersenda senda agama mereka sendiri ,sebab apa !! kerana niat sembelihan pun kerana benda lain, iaitu nawaitunya mahu melumur darah ayam itu sebagai simbolik kepada "peristiwa berdarah" 13 Mei 1969." Maka terbuktilah sembelihan itu haram dimakan kerana bukan kerana Allah...


Tidak ada dalam al quran, hadis atau sunnah perbuatan menyimbah atau melumur darah binatang untuk sesuatu tujuan. Tindakan yang bercanggah dengan ajaran islam dilakukan oleh orang yang mengaku islam.

Dimana menteri atau mufti yang kononnya menjaga kesucian islam? jangan buat pekak badak atau buta dengan perbuatan sesat ini segelintir manusia yang menamakan diri mereka sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' . .

Dan kepada pihak berkuasa pula pohon ambik tindakan segera untuk meredakan api ketegangan ini "do something la" jangan biarkan api kecil menjadi marak.....

Serta akhir sekali aku tengok Kempen Rakyat 1 Malaysia yang di ilhamkan oleh Najib Tun Razak kini dilihat " FAILED" mencapai matlamat .


posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud