Empat portal berita utama, termasuk Malaysiakini, dilarang menyertai sidang media bagi mengumumkan calon BN untuk pilihan raya kecil Kajang di ibu pejabat BN di Kuala Lumpur hari ini.
Portal yang mengalami nasib sama termasuk The Malaysian Insider, Free Malaysia Today, The Malay Mail Online.
Sidang media itu dikendalikan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Bekas anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Chew Mei Fun diumumkan sebagai calon BN di Kajang.
Portal berita itu turut tidak dibenar menyertai sidang media mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang dijadual pada jam 3 petang ini di bangunan sama.
Insiden sebegitu bukan kali pertama berlaku.