ARTIKEL SEBELUM

21/01/14

Pemecatan Azmin kekal, bos PKNS dipindah keluar

Keputusan pemecatan Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) kekal sementara menunggu siasatan lanjut berhubung perkara itu, kata menteri besar.

Dalam masa yang sama Pengurus Besar Datuk Othman Omar dan Setiausaha Eksekutif PKNS Norita Mohd Sidek dipindahkan serta merta ke pejabat setiausaha kerajaan negeri (SUK) sepanjang siasatan dilakukan.

Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, siasatan itu dibuat kerana surat pemecatan Azmin yang dikeluarkan oleh Othman dibuat pada 8 Januari lalu tanpa pengetahuan beliau.

"Sementara itu kedudukan ahli lembaga pengarah PKNS berkenaan kekal seperti yang diarahkan oleh pengurus besar PKNS pada 8 Januari lepas untuk mengelakkan sebarang komplikasi perundangan," katanya.

Khalid berkata, beliau telah berbincang dengan pegawai kanan kerajaan tentang perkara itu dan menyerahkan surat kuasa kepada SUK Datuk Mohamed Khusrin Munawi untuk melaksanakan tindakan pentadbiran.

Perkara itu dimaklumkan melalui kenyataan medianya petang ini.

Khalid sebelum itu bermesyuarat panjang kira-kira empat jam sehingga jam 7 petang bersama PKNS hari ini.

Sementara itu, dalam reaksi segera di laman Twiternya, Azmin, timbalan presiden PKR dan ahli parlimen Gombak berkata:

"#PKNS Board; Jangan buat spekulasi. Saya masih terkeluar."

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud