ARTIKEL SEBELUM

15/01/14

Pegawai khas menteri dibebas tahanan reman


PUTRAJAYA - Dua individu termasuk seorang pegawai khas menteri yang ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung dakwaan permintaan dan pemberian wang suapan berkaitan pemberian tender, dilepaskan dari tahanan reman hari ini.

Kedua-dua lelaki yang berusia 44 dan 48 tahun itu dilepaskan kira-kira 11 pagi selepas tempoh reman selama dua hari yang dilanjutkan Ahad lalu tamat.

Khamis lalu, pegawai khas itu dan seorang lagi ahli perniagaan berpangkat Datuk ditahan reman empat hari, manakala seorang wanita berjawatan setiausaha, berusia 33 tahun, ditahan reman tiga hari untuk kes sama.

Mereka disiasat mengikut Seksyen 16(a)(B) dan Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009. Wanita itu dibebaskan pada Sabtu lalu. 

- Bernama

posting terkini dari batuvskayu

Bukti BN tolak Hudud